Sabtu, 6 April 2013

Newton law in our iman :-)




ASSALAMUALAIKUM pembuka bicara,
Ape khabar blogger sekalian..lama hamba allah ni x kongsi pengisian di alam maya ini...

kepada pelajar fizik atau kejuruteraan HUKUM NEWTON memang tidak lari dari anda mengaplikasi dalam projek atau hidup anda sebagai seorang pelajar.

APAKAH HUKUM NEWTON?
hukum newton adalah peraturan pergerakkan sesuatu objek dengan objek lain,hukum newton ini ada tiga peraturan iaitu:
1:hukum pertama newton
2:hukum kedua newton
3:hukum ketiga newton 

FULLSTOP..cukup itu sebagai pembuka,belajar hukum fizik memang sangat membosankan..sumpah!!


jom kita mengaplikasi HUKUM KETIGA NEWTON dalam iman kita..:-)

"EVERY ACTION HAVE HAS A REACTION"
"setiap perbuatan ada balasannya"

sedar lah wahai saudara dan saudari ku,bahawa setiap perbuatan kita didunia ini pasti ada balasan nya diakhirat ataupun didunia..kadang-kadang selalu je kita dengar "aku pegang minah tu,best" pernah kamu fikir satu hari nanti apabila kamu sudah berkahwin dan dikurniakan anak perempuan dan lelaki lain pegang anak kamu...?,kalau itu berlaku itulah balasan..SETIAP PERBUATAN ADA BALASANNYA..itu baru dunia,belum akhirat lagi..

Allah Ta’ala berfirman,
يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِنْ تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ فَتَكُنْ فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ فِي الْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ
“(Luqman berkata): "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui” (QS. Luqman: 16).
kecik juga biji sawi nie..hmmm

RENUNGAN BERSAMA
sesungguhnya ilmu allah itu luas..semoga pengisian ini menjadikan kita lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu urusan dan melahirkan perasaan takut untuk melakukan maksiat ...:-) insyallah..


-MEOR FARIS-

 
;